Showing posts with label Jenis-Jenis Fabrik Cloth Diapers. Show all posts
Showing posts with label Jenis-Jenis Fabrik Cloth Diapers. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Material & Fabrik Lampin Cloth Diaper


Tahukah anda dengan jenis-jenis material atau fabrik yang digunakan untuk cloth diaper? Bukan semua jenis cloth diapers itu sama. Jika anda tertanya-tanya mengapa ada jenis cloth diapers mahal harganya, dan ada pula yang murah, kita boleh menilai dengan mengetahui jenis material yang digunakan untuk menghasilkan cloth diaper tersebut.
Sebelum membeli sesuatu jenama atau jenis cloth diapers, tanyakan dan pastikan dahulu dengan penjual tentang material cloth diaper. Ini adalah penting keranaberaneka jenis material mungkin memerlukan cara penjagaan dan pembasuhan yang BERLAINAN. Sepatutnya juga, para penjual cloth diaper perlu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini kepada pembeli:
  • Apakah material yang digunakan untuk cloth diaper (lapisan dalam/luar/material asas?)
  • Apakah material inserts yang digunakan?
  • Bagaimanakah cara untuk basuh pertama kali sebelum digunakan (prewash)?
  • Apakah teknik penjagaan/pembasuhan yang khusus untuk cloth diaper jenis ini?
Kita mungkin pernah dengar tentang microfiber, cotton, bamboo, fleece dan sebagainya semasa pencarian cloth diapers. Mari kita menjengah lebih mendalam mengenai jenis-jenis material dan fabrik yang lazim digunakan, bersama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing:
1) PUL (POLYURETHANE LAMINATE)
  • Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air cloth diaper seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
  • Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).
2) FLEECE/MICROFLEECE
  • Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas cloth diaper sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
  • Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
  • Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untukmenarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.
3) MICROFIBER
  • Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
  • Kelebihan: Agak murah, senang didapati, mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit dengan pantas berbanding material lain (wicking properties).
  • Kekurangan: Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan (kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi
    (non-biodegradable).
4) BAMBOO
  • Bahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan cloth diapers. Ianya digunakan sebagai material asas cloth diaper seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.
  • Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas),lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi,  mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.
5) HEMP
  • Diperbuat daripada kayu tanaman hemp. Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
  • Kelebihan: Tahan lasak, berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serap yang lebih tinggi berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), bahan yang semulajadi (lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi,pemakaian di cuaca sejuk ataupun panas.
    sesuai untuk
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap untuk membuang “natural oils” yang ada di dalamnya, agak lambat untuk dikeringkan, lebih sukar didapati di Malaysia, harga yang jauh lebih mahal.
6) WOOL
  • Material semulajadi daripada kulit biri-biri ini amat sesuai sebagai bahan diaper covers atau soakers (shorties/longies). Bahan ini juga selalu digunakan untuk membuat baju sejuk (sweater).
  • Kelebihan: Fabrik yang amat “breathable” (sesuai untuk bayi semasa cuaca panas dan juga sejuk), boleh digunakan berulang kali tanpa dibasuh, lanolin dalam wool mempunyai “repelling properties” (boleh memansuhkan air dari kulit bayi dengan cekap).
  • Kekurangan: Memerlukan penjagaan yang khusus, perlu di-lanolize semula untuk mengembalikan daya serap dan “repelling properties”, agak sukar didapati di Malaysia (biasanya perlu dibeli dari luar negara), harga yang mahal.
Sekarang anda sudah lebih mahir tentang fabrik-fabrik cloth diaper bukan? Jangan lupa gunakan info-info ini semasa proses pembelian cloth diapers anda kelak!
Sumber : www.clothdiaper.com

Jenis-Jenis Fabrik Bamboo Dalam Pembuatan Cloth Diaper


Setelah melalui beberapa perbincangan dan membaca pendapat rakan2 di alam maya, saya begitu couries nak tau tentang fabrik  bamboo ni. rujukan banyak dalam bahasa Inggeris tp saya lebuh gemar dan suka jika dapat merkongsi maklumat ini ddalam bahasa malaysia.
kebanyakan ibu-ibu yang menggunakan CD sudah biasa dengan Cd bamboo, saya juga suka dengan CD bamboo. rupanya ada beberapa jenis fabrik bamboo yang digunakan.
saya simpulkan dan ringkaskan di sini.

terdapat 3 jenis bamboo yang biasa digunakan iaitu:
~ bamboo fleece
~ bamboo velour
~ bamboo terry


Bamboo Velour


sgt lembut
ia adalah yang paling popular digunakan.
biasanya digunakan pada outer dan inner.
tidak mempunyai ciri2 wicking seperti fleece atau suede cloth.
TETAPI, ia blh menakung basahan secara maksimum.
walaupun basah tapi baby masih rasa  selesa.
lembut pada kulit.
pilihan yang sesuai utk baby yang ada masalah kulit
contohnya :inner pada CD bamboolite. yang tu bamboo velour.

Bamboo Fleece

juga blh digunakan untuk outer atau inner.
struktur yg teguh serta tak mudah mengecut walau di basuh berulang kali.
agak tebal dan fuzzy.

contoh: inner coolababy, babyland, bamboolite foldover bamboo insert.

Bamboo Terry
blh digunakan utk inner atau outer,
di barat byk digunakan utk prefold sbb ciri fizikal dia yg macam ada unjuran kat luar tu,
jadi sgt perfect digunakan utk Snappie atau pin.
nak best lg dr segi serapan, outer guna bamboo terry, inner guna velour.
kalo prefold guna bamboo terry, bamboo terry ni lebih memeri dr prefold cotton.

cth CD:  CrazyMomy Bamboo, insert bamboo wuddah.

Bamboo Charcoal

ia dihasilkan dari pokok2 yg mengalami proses pembakaran bawah tanah dengan suhu 800 degree celcius.
ada ciri excellent absorbtion

produk bamboo charcoal: http://www.bamboocarbon.com/Bamboo-Charcoal-c1.html



sumber dari:
http://www.celticclothswholesale.com/pages/Bamboo_fabric.htm
http://brinnababy.brinnarose.com/fabrics.htm

Jenis-Jenis Inner CD......

INNER BAMBOO ORGANIC


INNER BAMBOO CHARCOAL


INNER JENIS BAMBOO ORGANIS DAN CHARCOAL INI DISYORKAN PADA MAK AYAH UNTUK BAYI YANG KULIT SENSITIF YANG MUDAH MENDAPAT RUAM. (COOLABABY COLOUR CHARCOAL, COOLABABY BAMBOO CHARCOAL & COOLABABY BAMBOO ORGANIC) 


INNER MICROFLEECE


KAIN JENIS MICROFLEECE, SOFT FLEECE DAN FLEECE SAHAJA SEBENARNYA SAMA SAHAJA CUMA YANG BERBEZA MATERIAL KAIN SOFT FLEECE LEBIH LEMBUT DAN HALUS BERBANDING KAIN MICROFLEECE YANG LAIN. KAIN JENIS INI SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT BAYI. (BB STAR, BB MINKY & ZOO, SUNBABY, BB ANIMAL, RAINBOW BABY BUTTON, SWEETDOLL BABY, COOLABABY COLOUR BUTTON, BABYLAND PRINTED & BABYLAND PLAIN)



 
INNER MICROSUEDE


KALAU KITA PERHATIKAN BETUL2 KAIN JENIS MICROSUEDE NIE AGAK TEBAL SEDIKIT. MATERIAL DIA PUN MEMANG BERLAINAN BERBANDING KAIN JENIS BAMBOO DAN FLEECE YANG AGAK LEMBUT. PERMUKAANNYA NAMPAK SEPERTI TEBAL DAN PANAS. TUJUANNYA SUPAYA BABY AKAN RASA LEBIH KERING DAN DAYA PENEYERAPAN AKAN LEBIH CEPAT. (SUNNYBABY & HAPPY FLUTE)


INNER & INSECT FULLY BAMBOO



CD INI INNERNYER JENIS MICROFLEECE CUMA INSERT SAHAJA YANG BAMBOO. INI CD BB BAMBOO PRINTED.




P/S: KEBANYAKKAN INSERT ADALAH JENIS MICROFIBRE DAN INNER CD JENIS MICROFLEECE.... HANYA CD JENIS TRTENTU SAHAJA YANG BEBRBEZA PACKAGINGNYER....(BB BAMBOO PRINTED..cthnyer) 

ORDER FORM

NAME:
EMAIL ADDRESS:
CONTACT NO :
DELIVERY ADDRESS :
DETAILS FOR ORDER :
METHOD OF DELIVERY :
METHOD OF PAYMENT :
RETURN CUSTOMER :

Form provided by Freedback.