Thursday, August 4, 2011

Cara Mencuci Cloth Diaper














CARA PENCUCIAN DAN PENJAGAAN CLOTH DIAPER
PENGGUNAAN KALI PERTAMA



  • Sebelum menggunakan CD untuk kali yang pertama, pastikan CD (cover dan insert) telah dicuci terlebuh dahulu. Ini adalah bagi mengeluarkan sisa yang mungkin terdapat dalam fabrik semasa proses pengilangan.
  • Untuk mendapat kesan penyerapan fabrik (insert) yang lebih berkesan, cuci insert sebanyak 3 kali sebelum menggunakannya untuk kali yang pertama. Penggunaan seterusnya hanya memerlukan sekali cucian.
  • CD boleh dicuci tangan atau mesin basuh. Jika menggunakan mesin basuh, penggunaan sarung cucian (laundry bag) dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan CD.
  • Keringkan CD di bawah sinaran matahari atau menggunakan mesin pengering kain (dryer). (Hanya insert sahaja yang saya galakkan dikeringkan dengan mesin pengering. Untuk sarungnya pula tidak begitu digalakkan supaya jangka hayat sarung CD dapat bertahan dengan lebih lama lagi.

PERHATIAN DAN PERINGATAN


  • Elakkan cecair peluntur/pemutih (Clorox) dan cecair pelembut kain Softlan. Penggunaan bahan cucian seperti ini mungkin menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi. Jangka hayat penggunaan CD mungkin turut terjejas.
  • Elakkan seterika - CD tidak perlu diseterika. Bahan elastik pada CD akan lebur @ menjadi tidak kenyal apabila terdedah kepada haba tinggi.
  • Cuci dengan air sejuk - Cucian kering @ Cucian air panas akan menjejaskan kualiti CD
  • Elakkan berus dan penggosok - hujung berus @ penggosok yang keras dan tajam akan menjejaskan permukaan dan kualiti CD
JENIS SABUN YANG SESUAI DIGUNAKAN

  • Gunakan sedikit sahaja sabun tanpa enzim dan yang lembut seperti LUNACARE
  • Sabun PUREEN HAD (ini yang saya guna)
  • Pencuci pinggan mangkuk SUNLIGHT (ini yang saya guna setiap kali travel)
  • Sabun TOP
PREWASH (Pra basuhan)

  • Ini adalah cucian yang pertama apabila mula membeli CD. Kiranya acara mandi bunga la.. Perasmian untuk digunakan.
  • Basuh dan jemurkan sehingga kering sebanyak 3 kali. basuk jemur..basuh jemur...basuh jemur.....hehehehe...tapi saya tak buat pun. SEBAIK-BAIKNYA BUATLAH...
  • Untuk material HEMP / BOOSTER basuhan perlu dilakukan secara berasingan. HEMP / BOOSTER perlu diasingkan dari CD/insert materyal lain semasa PREWASH.
  • HEMP / BOOSTER juga perlu di prewash dengan air panas.
  • Bagi material MICROFIBRE...memadai basuh macam biasa sahaja.
  • Untuk material BAMBOO, basuhan perlu dilakukan dengan tangan. Elakkan penggunaan mesin basuh ketika membasuh BAMBOO.

SISTEM PENGUMPULAN SEBELUM CUCIAN :
  • Ini pengalaman saya untuk saya kongsi dengan mak ayah yang menggunakan CD nie. Dulu saya suka buat seperti cara di bawah.... MAK AYAH BOLEH GUNAKAN CARA INI TAPI PASTIKAN CD YANG DIRENDAM TIDAK MELEBIHI 2 HARI KERANA BAKTERIA MUDAH MEMBIAK DALAM AIR HINGGA MENYEBABKAN ANAK ANDA TERKENA RUAM YANG AGAK TERUK NANTI.. Tapi jangan risau lakukan STRIP WASH seperti yang saya beritahu...Insyaallah kuman mati, dan ruam si kecil anda akan kembali pulih seperti sediakala....
          BASUHAN DRY PAIL 


Balik dari rumah pengasuh.... saya bilas sikit CD yang telah TERNODA...hheheehehhe. Kalau buang air kecil saya bilas dengan air tapi kalau sekecil ni melepaskan hajat besar saya akan buang dulu sisa yang ternoda tue sehingga hilang kesan degil. (Jangan risau kalau warna tu melekat pada CD selalunya ia akan hilang bila cucian sebenar)
  • saya akan bilas semua CD kemudian perah dan campakkan ke dalam baldi yang tidak berair....
  • Begitulah saya ulang sehingga hari pembasuhan....
  • Kan mudah.....hehehehehe saya guna cara ni sekarang nie lebih sebih selamat pastu sabun pun jimat....huhhuhuhu
  • Bila semua CD selesai dicuci, pastikan CD dijemur di bawah sinaran matahari.
           

P/S : MANA-MANA CD YANG TERNODA INI MAK AYAH JANGANLAH KHUATIR, JEMURKAN SAHAJA DI BAWAH PANAS MATAHARI. SAYA JAMIN TIADA LAGI KESAN YANG AKAN TINGGAL SELEPAS CD INI KERING. CUBALAH KALAU TAK PERCAYA!

STRIP WASH :
  • Strip wash dibuat apabila mendapati CD mula leaking (nie disebabkan lapisan minyak dalam najis dan krim yang kita pakai pada baby macam nappy rash cream). Lama2 berkumpul dan membentuk satu lapisan pada CD
  • Basuh CD satu persatu menggunakan Sabun Pureen HAD misalannya.
  • Letak sedikit sabun pada insert /cover dan tenyeh la sket...
  • Bilas hingga bersih.
  • Kalau malas guna mesin basuh pun ok juga...masukkan semua CD dalam mesin basuh kemudian masukkan SODA BIKORBONAT sikit jer.
  • Tujuannya untuk mengembalikan keputihan CD sekaligus menanggalkan kesan minyak yang berkumpul nie.
  • Lepas strip wash nie dibuat masalah leaking dapat diatasi. 

PERHATIAN : STRIP WASH NIE TIDAK BOLEH DILAKUKAN DENGAN KERAP TAK BAIK UNTUK KESIHATAN BABY. BUATLAH DALAM 3 BULAN SEKALI.



INI JENIS-JENIS SABUN YANG AKU JUMPA DI PASARAN LA....


AKU GUNA YANG NI DAN.....




Yang Nie Pun Saya Guna




YANG NIE....




YANG NIE UTK STRIP WASH YER.....



YANG NIE PUN SAMA....XKISAH LA MANA2 SAMA JER....UTK ELAK LEAKING....

2 comments:

Unknown said...

nak cuci hari2 boleh tak? sbb sy ni bkn jenis yg suka kumpul bj kotor byk2. cuci pakai tangan pastu spin pakai mesin basuh.

fina said...

Boleh..saya buat begitu.

ORDER FORM

NAME:
EMAIL ADDRESS:
CONTACT NO :
DELIVERY ADDRESS :
DETAILS FOR ORDER :
METHOD OF DELIVERY :
METHOD OF PAYMENT :
RETURN CUSTOMER :

Form provided by Freedback.